TRW 2014 : Bangkitlah Wira Merahku!!! #GKG #TRW

Assalamualaikum wbt
nak post entry ni lama sgt dah sebenarnya, cuma takde peluang dan kesempatan je
Alhamdulillah harini rase terdetik gak nak post entry tentang BOLA KELATE hahaha
bagi aku yang kaki bangku, yang baru nak berjinak dengan dunia bola sepak ni perasan, Malaysia sekarang tengah mengalami Fenomena Bola macam kat Eropah tuuuuu

dari Johor sampai la ke Sabah, sudah nampak arena bola sepak negara makin transform
harini aku nak bercerita tentang pengalaman aku sbg Fans The Red Warriors (TRW), jangan mareee naaa
sejak tahun lepas, kegilaan aku terhadap pasukan Kelantan semakin menjadi-jadi
Final Piala Malaysia, Kelantan VS Pahang pon aku sanggup turun ke stadium
belanja tiket tak payah bagitau la, harga asal RM40, tp beli ngan ulat RM70, sanggup woooo




then, sembreak kali ni pon, aku memang menghabiskan masa tgk match bola je
orang lain ada gak keje part time la, aku minat bola je, ada match kat stadium KB, In shaa Allah akan turun padang support team Kelantan
Di awal musim, Team Klate agak diragui kemampuan, yela kehilangan byk tonggak utama kot, Ben10, Indra, Daudsu, Shakir, Zairo dan ramai lagi
memang agak tempang la TRW di awal musim, aku yg sekadar penonton biasa ni pon kadang-kadang tgk match bola pon bleh jadi nervous semacam
kehilangan coach Bojan Hodak dan digantikan dgn Steve Darby pon kurang menyerlah di awal musim
SD lebih suka main taktikal 3-5-2, long ball ala-ala player EPL gitu tp player Malaysia especially Klate ni body kecik-kecik, kaki pon tak panjang nak lari kejar bola sana sini memang pancit
Akibat taktikal SD, penonton boikot match hehehe, penyokong Klate ni memang radikal sket,
KAMI BUKAN LALANG, BUKAN JUGA NIAT NAK MENGHUKUM TEAM, tp sekadar nak bg "Wake Up Call" especially kepada coach
Even Tan Sri Anuar Musa pon, agak tak berpuas hati dgn taktikal SD, yela mostly awal season haritu Klate byk menang more to luck, not based to our own abilities, tu yg aku observed dari match aku tgk dan baca dari blog sukan serta komen-komen di page FB dan Twitter
Alhamdulillah bile SD dah tukar balik taktikal 4-4-2, nampak sangat permainan TRW makin berubah dan mula mendapat rentak
bagi aku pemilihan player utk season ni sudah cukup berpuas hati, nak tampung kehilangan tonggak utama dan player star yg hilang tu memang agak mengambil masa tp In shaa Allah keserasian player boleh dibentuk dari perlawanan ke perlawanan

Kembalinya Mat Ghaddar, tambahan muka baru seperti Forkey, Shawky, Amar Rohidan, Shakir Ali, Kechik, Tg. Hasbullah sedikit sebanyak berjaya menampung ruang yg telah ditinggalkan oleh player sebelum ni utk TRW kembali bangkit
Piya, Apek, Pok Nik, Farisham dan Obinna keep it up you guys really did a great job to the team
Kapten Marvel Piya the best, please stay utk TRW sampai bila-bila, he's a really capable player and he deserved to be a MVP.
match bola ni, satu jer yg penting kita tak menang pon tak ape asalkan match yang player main tu dengan bersungguh-sungguh dan memuaskan hati kami sebagai fans dan penonton
bayaran tiket setakat RM15 tu bukanlah satu nilai yg besar tp harapan kami dr fans, kalau nak tgk stadium selalu penuh, give your best shot even tak menang sekalipon



Fans TRW dah agak matured sekarang, even haritu match yg TRW kalah dengan PKNS utk Liga Super, fans rilek je keluar stadium, tak de nak riot ke nak buat chaos ke
tak perlu terlampau fanatik sehingga digelar AS-SABIYYAH
sukan ni untuk menyatupadukan rakyat, bukan nak memecah belahkan rakyat
SOOOOO TAK PAYAH FANATIK SANGAT LAA BROOO 
sekadar tgk utk entertainment saja, tak perlu la sampai memaki hamun, bergaduh, pecahkan kereta bagai
HOOLIGANS!!!!
satu lagi aku nak puji usaha murni pihak KAFA dan juga Kerajaan Negeri, even match bola start pukul8.45 malam tp stadium dah penuh seawal pukul5 petang lagi, then waktu sebelum Maghrib akan diadakan sedikit tazkirah di perkarangan stadium dan juga even dalam stadium di tepi padang kemudian solat Maghrib berjemaah beramai-ramai
AKU SALUT KAT FANS TRW
mostly kami akan berjemaah sebelum masuk stadium, hiburan tu perlu tp ibadat tu jangan dilupa lak

kalau org tanya aku fanatik ke tak? aku jawab tak, aku just minat sebagai hiburan
first priority aku sekarang still study, kalau ada match bola sekalipon then esok tu aku ada paper or test, I'll study first, soo aku bukanlah fans yg fanatik tahap babun, cuma minat sajaaaa 
Majulah Sukan Untuk Negara
Gomo Kelate Gomo!!!!

p/s: credit some photos belong to Asmirul Afzan & Ariff Akram

 

 
 


Thanks For Reading. Do Comment If You Like

Ilmu Bukan Pada Pointer

Assalamualaikum wbt
dah lama tak menulis, sibuk sket kebelakangan ni, bukan sibuk ngan ape pon, sibuk pegi tgk bola je
tak tau la kenapa dah jadi fanatik semacam dah ni
okla malam ni terpanggil rase nak menulis a lil bit bout result haritu
happy?? frust?? pasrah?? redha??
heheheh bagi budak-budak u yg baru amik degree macam aku ni paham la apa yg dirasai sekarang
Alhamdulillah I did survived First Year, First Sem Degree in Optometry
"SURVIVED" je weiii bukan cemerlang pon, Alhamdulillah lulus sumer paper tu pon dah satu rahmat bagi aku, nak Dean's List? Jauhhhh bebenorrr lagii
kenapa aku cakap camtu? takde target ke? 
sometimes in life, we should have some targets but at the same time know our own limits and capabilities
gila tak jeles tgk membe-membe post dpt result power-power sumer, yela aku dpt result biasa-biasa je, cukup makan org kate






satu tamparan hebat gak la, dulu mase diploma aku ni boleh dikatakan salah seorang scorer gak la, tiap-tiap sem Alhamdulillah pointer tak kurang dari 3.5+
tapi tu dulu, sekarang it's totally different
aim aku sekarang, nak grad on time, every sem maintain dgn 3.++ and no repeat paper
In shaa Allah i'll try my best
mesti org ckp gak, hek eleh, set goal rendah jer nak selamat la tu
tak ape laa asal aku tau limit aku sampai mane
belajar degree ni agak tough + stressful + kena rajin
awal-awal sem lg lecturer aku dah warning, die bgtau dlm FSK UiTM ni course Optometry ni plg tough, lecturers pon tak expect kitorang dapat dekan tiap-tiap sem, kalau dpt tu added value la, lagi bagus
lecturer ckp kitorang ni pon more to hands on, cara nak treat patients, nak communicate even suggest treatment utk diorang
Sem 1 ni aku belajar tak fokus sangat lagi, byk belajar subjek Universiti jer tu pon subjek budak-budak course lain, takpela janji aku da hadap bendalah tu then da tak kena amik da utk next sem syukur
then satu lg, kita tak boleh nak compare result kita ngn org lain bila kita dah berbeza course
yela Si A amik aliran Sastera then tiap-tiap sem 3.89 memanjang, kita ni lak aliran Sains Kesihatan nak dpt 3 pointer pon da macam nak terkeluar bijik mata da study hehehe
betol gak ape nasihat senior, aim kite nak grad then keje
pointer bukanlah segalanya, pengalaman dan ilmu yg dpt mase belajar tu lagi penting
jika ditanya aku, result aku mcm maner, aku syukur dengan ape yg telah dapat
frust ke? 
takde la frust sgt, setimpal dengan apa yg aku telah usahakan, cuma sket jer lagi nak mencapai target aku
thanks to all lecturers, byk menolong
Lecturers Anatomy, especially Sir Razif, Lecturer Microb & Immune, Dr. Tengku, Lecturer Biochem, Prof. Wan Kamil yg aku selalu main-main dlm lecture hall, Mdm Nazrina Genetic, Sir Saiful subjek Optic yg aku tak mampu jwb dgn jayanya, sedih....tp da usaha tawakal dan redha jer
thanks to all
next sem i'll try my best 

Thanks For Reading. Do Comment If You Like

Segmen: Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah

Assalamualaikum wbt
duk BW kat blog membe-membe blogger, terjumpa segmen lak
apa lagi jom join, moga dapat berkenalan antara kita
selamat bersegmen semua...
jommmmmm

http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html

Thanks For Reading. Do Comment If You Like

Rhinitis? Sinusitis?

Assalamualaikum wbt
sekadar perkongsian ilmu
sehari dua ni memang teruk aku kena allergic
Sakit kepala tu, Ya Allah tuhan saja yang tau cammane rase kepala tu
cam nak meletup dah rase
then, i did some research plus tanya membe yg involve dlm medical field ni, thanks to Khairi Syahmi a-soon-to-be-doc for his brief explanation to my curiousity
Actually pasal allergic ni aku da belajar mase lecture Microb & Immunology haritu tp yela takde detail sgt utk diagnose in every allergic since i'm an Optometrist not a medical doctor tp bler dah berkaitan ngn mata ni it caught my attention
ape lagi, aku tanya pak cik Google la untuk info lebih lanjut

source from wikipedia

Rhinitis or coryza is irritation and inflammation of the mucous membrane inside the nose. Common symptoms of rhinitis are a stuffy nose, runny nose, and post-nasal drip. The most common kind of rhinitis is allergic rhinitis, which is usually triggered by airborne allergens such as pollen and dander. Allergic rhinitis may cause additional symptoms, such as sneezing and nasal itching, coughing, headache, fatigue, malaise, and cognitive impairment.The allergens may also affect the eyes, causing watery, reddened or itchy eyes and puffiness around the eyes.


dalam bahasa mudahnya, rhinitis ni terjadi bile seseorang tu terdedah kepada debu atau debunga yg mana stuck kat laluan pernafasan kita, in this case our nasal cavity aka hidung
kesannya korang akan bersin dgn havocnya, gatal-gatal bahagian mata, sakit kepala dan hidung tersumbat dan berair
it's quite burdonsome but can be reduced by taking anti-histamine
histamine ni adalah sejenis komponen yg tdpt dlm badan kita utk detect any allergent
allergents ni plak benda-benda yang boleh membuatkan badan kite react atau become allergic towards it
membe aku cakap anti-histamine ni perlu consume bile ada symptoms je, bile reaction dah kurang, advisable stop consume it, for further info you better refer to your own doctor
plus elakkan juga contact dengan benda-benda berhabuk even bunga sekalipun, sbb tiny particle of pollen can cause reaction thus lead to inflammation in our sinus
 

source from wikipedia

Sinusitis or rhinosinusitis is inflammation of the paranasal sinuses. It can be due to infection, allergy, or autoimmune problems. Most cases are due to a viral infection and resolve over the course of 10 days.

Sinusitis ni pulak, general family for rhinitis la
kalau bahasa pasar org panggil penyakit ni sebagai resdung
ada yg allergic seafood, allergic debu, allergic ape-ape jela yg lead to same symptoms as rhinitis gak, bersin, sakit kepala even jerawat tumbuh dengan jayanya
tu sebenarnya alahan dan reaction produced by our body
don't worry, resdung ni setiap orang memang ada cuma kritikal atau tak yg menjadi persoalan sekarang
dulu aku pelik tgk membe sekolah menengah dulu, asyik bersin-bersin je bile dia duk mengemas loker, bilik dia due to debu tp sekarang benda ni dah berbalik kat aku pulak
waaa cakap sama luuuu, memang tensenn broo bler kena
nak study pon takde mood, nak tido pon hidung tak selesa, serba tak kena je memanjang
ada membe suggest suh amik ubat MAIXARA C-SENTIAL
Alhamdulillah, aku makan dua botol dan agak berkesan
then ada rumours pulak kate ubat tu menggunakan banyak drugs laa plak, for now I stopped consume it then jadilah penyakit lama ni balik
sabaaaar jelaa sakit tu ujian Allah
nak hapuskan dosa yg banyak sangat ni, itu semua ujian Allah
kalau tersalah info tlg betulkan, maklumlah aku bukan budak medic, budak sains kesihatan je
harap info ni dapat membantu
mencegah itu lebih baik dari mengubati yerr kawan-kawan


Thanks For Reading. Do Comment If You Like

KBBA Pantai Timur Mantopppppp

Assalamualaikum wbt
another entry for tonite, tetibe jejari gemuk terase gataiii nak menaip
actually hati senang lepas tgk bola tadi heheheh
tu mood nak blogging semakin membara tu
KBBA?? kejadah tu wei???
 KBBA = Kebab
gurauan di malam hari ni
actually KBBA is stand for Kelab Blogger Ben Ashaari
ni inisiatif bro Ben Ashaari nak menyatukan blogger-blogger dalam Malaysia ni
credit should be given to him
aku ni just blogger yg melukut di tepi gantang je
tak terlawan ambo dgn geng-geng power/otai/ganah dlm group tu
followers masing-masing mencecah ribu riban belake
...gulp...
tp kami berkawan, baguihhh diorang ni
byk tunjuk ajar, tak lokek ilmu
mula-mula just suka-suka je bile bro ben post kat fb nak buat geng blogger Pantai Timur, aku gataiii gi komen kat post tu then bro ben mintak suh pm phone number
then bermulalah perkenalan kami

aku duk dalam group tu terasa noob je almaklumlah blogger is not my mainstream
byk jadi tukang karut ngn enterprem conversation orang je, selalu lost in conversation hehe 
like I told in the previous entry and will keep repeating all over gain that I'm just blog for fun
dlm group tu ramai yang otai-otai, nak introduce sorang-sorang memang aku kena prepare entry laen gamoknyerr, tp antara yg ader dlm group tu Blogger Que Achmad, Blogger QasehDalia, Blogger Cik Tasya, Blogger SueIzza and many mores. mitok maap bebanyak tak boleh nak list sumer. tp korang sumer mmg havoc la, dr pg sampai mlm wassap aku tak berhenti masuk noti unless I turned off wifi and packet data
tu pon bler bukak balik, confirm tepon hang 2,3 minit 
umor dari yg kecik smpai yg besar ada
profession pon, macam-macam adaaaaaa
biler fikir balik bile kite bergaul ngn someone who has more experience from us, it do makes us more matured in making social connection.
tahniah buat kamu semua
baru berkenalan dalam wassap for few days, tp dah rase macam rapat giler dah kot
sebelom menghabiskan entry ni, utk KBBA Pantai Timur, you guys RAWKKKK
mitok maaf banyak-banyak andai tersalah/terkasar/terlaser ke spnjg perbualan kita semua
mitok tlg samo-samo guide ambo etek belako dehhh
ambo newbie + noob lg byk sgt nak kena belajar ngn geng-geng otaiii
Majulah Blog Untuk Semua heheheh

Thanks For Reading. Do Comment If You Like

Istiadat Konvokesyen Ke-79 UiTM Terengganu

Assalamualaikum wbt
entry ni nak post lame dah tp same reason laa selalu busy
takpela takde org follow sgt blog xseberapa ni, aku menulis hanya untuk suka-suka
try jugak nak bg komitmen cam geng-geng blogger otai yang lain
tp rase tak mampu den
back to the main point, harini baru terasa nak kembali menulis setelah berbulan tinggal blog ni
idea memang banyak tp semua cam tak kesampaian jer nak tulis last-last sumer ke laut
okla thanks to Allah Almighty with his willing, I did survived my diploma
yuhuuuuuuu pats on my back please
3 tahun dekat UiTM Chendering KT, byk mengajar cara aku nak deal ngn orang-orang disekeliling dgn lebih matang, almaklumlah umur dah tua tp perangai macam hantu jer adeihhhh

Majlis Konvo haritu berlangsung 16-18 November 2013, masa tu aku dah already further degree kat Puncak Alam, dah lepas midsem break dah pon
Konvo tetap Konvo walaupun tuk diploma je
aku agak hairan kenapa ramai membe-membe yg tak nak pegi konvo, pdhal bndalah tu kalau korang tak pegi sekalipon still kena bayar gak utk skroll, jubah bagai tuu
sooooo nasihat aku, pegi jela konvo korang yekk, 3 tahun blajo penat-penat, tak nak pegi pulak
bukan ape, bg aku the best moment about konvo is when you see the eyes/faces of your parent
their faces, MasyaAllah seriously i'm gonna cried during that moment when my mom hugged me
during that moment I realized that... YESS I DID MAKE MY PARENT PROUD OF ME!!!

tula saat paling indah tentang konvo, tak kisah la diploma ke, degree ke, master ke even phD
kita berjuang untuk family bukan belajar untuk sesaje je
nak baling-baling topi bagai tu memang typical la, klu tak buat tak terasa ke"poyo"an konvo tu
Alhamdulillah syukur i'm graduated with ANC (Anugerah Naib Canselor) for my dip
for degree, kalau ad rezeki nak ANC lg tp klu tgk keadaan skarang mcm telan air liur je nak ANC
thanks a lot to all my lecturers, jasa anda semua tak mampu kami balas



bila lecturer time dip ckp blaja degree susah aku main angguk je, ternyata susah bebb gua cakap sama lu
 tp ni perjuangan sebagai mahasiswa redahhhhhhh je loooorhhh
tak mau cakap banyak dah, just enjoy the moment
semoga dapat jadi sumber inspirasi untuk membe-membe yg lain untuk terus cemerlang

Thanks For Reading. Do Comment If You Like